Template by:
Free Blog Templates

9 March 2015

Jumpa guru sekolah

Bekas ahli parlimen Larut, ADUN Kubu Gajah dan Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, terkejut, bagaikan tidak percaya bertemu semula guru sekolah selepas 42 tahun.







Pertemuan beliau dengan cikgu Salmah Haji Malek itu berlaku di majlis perkahwinan anak saudaranya di Bagan Serai.

Raja Ahmad Zainuddin yang merupakan bekas pelajar sekolah menengah inggeris Bagan Serai merasa gembira kerana cikgu Salmah yang kini berusia 74 tahun masih mengenali beliau.

Lebih gembira lagi cikgu Salmah bukan sahaja dengan kejayaan bekas anak didiknya tetapi juga mengikuti perkembangan mereka.




Cikgu Salmah yang kelihatan sihat mempunyai dua orang anak, seorang tinggal di London. Beliau tinggal sendirian di rumahnya di Bagan Serai.

Raja Ahmad Zainuddin juga bertemu dengan kawan-kawan sekolahnya termasuk Ayob Zaman dan Hajanan Awang di kenduri kahwin anak perempuan adik Cikgu salmah, halimaton.