Template by:
Free Blog Templates

13 July 2014

Ketua kampung

Jawatan ketua kampung yang masih kosong di parlimen Larut harus lah segera diisi perlantikannya.

Ketiadaan ketua kampung ini menimbulkan masalah pentadbiran kampung.





Kampung-kampung yang dikenal pasti ketuanya belum dilantik ialah Repoh dan Air Hitam di dewan undangan negeri (DUN)  Batu Kurau, Tebing Tinggi di Kubu Gajah dan sungai Seputeh di Selama.

Bekas ahli parlimen Larut, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata ketua kampung ini penting kerana ia adalah nadi pentadbiran kampung dan ketiadaannya aktivi kampung akan lumpuh.

Beliau berucap di majlis berbuka puasa bersama bekas ketua-ketua kampung dalam parlimen Larut di Batu Kurau, semalam.





Turut hadir ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Hasbullah Elias.

Jawatan ketua-ketua kampung mula dilantik pada awal april.

Bekas ketua-ketua kampung menerima juga menerima sijil penghargaan.

0 comments: