Template by:
Free Blog Templates

27 June 2014

Peladang

Pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar dipilih semula sebulat suara.









Bekas ahli parlimen Larut, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah dan Batu Kurau itu dipilh di mesyuarat agung PPK Batu Kurau.

Dr Raja Ahmad Zainuddin adalah juga ahli lembaga pengarah pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak.

Di majlis perasmian mesyuarat Agung, PPK Batu Kurau, Dr Raja Ahmad Zainuddin juga  menyerahkan sumbang zakat berjumlah rm 44,951 kepada bahagian baitulmal pejabat agama daerah Larut, Matang dan Selama.

Beliau mengumumkan PPK memperolehi keuntungan bersih tahun lalu hampir setengah juta ringgit, iaitu meningkat 17 peratus daripada tahun 2012.

Katanya, PPK merancang membuka stesen minyak di satu lagi tapak baru.

PPK juga akan memperkenalkan skim insuran dan tabung khariat kematian di kalangan lebih 3,000 ahlinya.





Pengarah PPN Perak, encik Hamzah Bahari ketika merasmikan mesyuarat agun PPK Batu Kurau mengumumkan bintang diatas prestasi cermelang PPK Batu Kurau.

PPK dibawah kepimpinan Dr Raja Ahmad Zainuddin tidak pernah dltegur oleh pihak audit negeri, katanya.

Di majlis itu Dr Raja Ahmad Zainuddin menerima sumbangan rm 21,000 daripada pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS) dan PPN negeri.

0 comments: