Template by:
Free Blog Templates

7 June 2014

Kebakaran


Pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar melawat mangsa kebakaran, Ustaz Rahim Ahmad di Ulu Sepetang.

 






Rumah Ustaz Rahim yang juga timbalan ketua unit Peladang Ulu Sepetang terbakar hangus dalam kebakaran subuh tadi.

Tiga buah kenderaan milik Ustaz Rahim juga hangus terbakar.

Ustaz Rahim yang juga Imam masjid dan ketua kampung Ulu Sepetang, bagaimanapun bersyukur kerana tiada kemelangan berlaku.

Beliau yang mempunyai seorang isteri dan enam anak sempat menyelamatkan diri ketika kebarakan berlaku.





Dr Raja Ahmad Zainuddin menyampaikan bantuan kilat kepada Ustaz Rahim di tempat kejadian.

Beliau yang simpati dengan Ustaz Rahim menyeru yayasan bina upaya (YBU) memberi bantuan membina semula rumah Ustaz Rahim.

Ustaz Rahim yang tinggal sepinggang kini menumpang rumah orang tuanya dekat sekolah menengah agama rakyat Subaniah Batu Kurau buat sementara waktu.

Katanya kerugian kira-kira rm 100,000 dan laporan polis telah dibuat.

Jabatan kebajikan masyarakat juga telah dimaklumkan.

0 comments: