Template by:
Free Blog Templates

7 April 2014

Peladang

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) bercadang memperbesarkan perniagaan stesen minyaknya.

Satu tapak seluas satu ekar telah dikenalpasti dekat Batu 4 bagi projek tersebut.







Demikian kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mesyuarat lembaga pengarah PPK Batu Kurau.

Pada masa ini stesen minyak mereka ialah di pekan Batu Kurau.

Katanya pendapatan PPK akan bertambah melalui projek tersebut.

PPK juga mempunyai sebuah kedai rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang dibuka di pekan Batu Kurau.






Beliau berkata mesyuarat agung PPK akan diadakan pada 17 mei dan dijangka dIrasmikan menteri pertanian, Datuk Seri Ismail Sabri Yacob.

0 comments: