2 June 2012
Perhubungan
Ia dipengerusikan menteri besar perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga ketua badan perhubungan UMNO negeri.
Mesyuarat tertutup itu lebih tertumpu kepada persiapan menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke 13.
Ketua-ketua UMNO bahagian yang hadir telah mengemukakan laporan dan isu di bahagian masing-masing.
Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu gajah turut hadir.
Kerusi roda
















Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar meluangkan masa menyerah kerusi roda di kampung masjid dan felda, petang tadi.
Di kampung Masjid, beliau menyampaikan kerusi roda kepada, Abdul Razak B. Ismail, 61 tahun.
Turut hadir ketua kampung Masjid, Nor Azman Mokhtar, ahli majlis daerah Selama, Mohamad Abdullah dan ketua UMNO cawangan, Abdul Aziz Jamil.
Sumbangan kerusi roda itu juga disampaikan kepada Badariah Othman, 57 tahun di felda, peringkat 1.
Turut hadir ketua kampung Felda Ijok, Haji Shukur Haji Jaman, yang juga pengerusi masjid.
Kedua-dua penerima kerusi roda tersebut adalah orang kurang upaya (OKU).
1 June 2012
Zambry
Datuk Seri Zambry Abdul kadir beri jaminan walaupun beliau menteri besar Perak tidak bermakna Pangkor, kawasan yang beliau wakili akan diberikan tumpuan pembangunan.
Sebagai menteri besar adalah menjadi tanggungjawab beliau mengutamakan kawasan-kawasan lain yang memerlukan kemajuan.
Dr Zambry berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran pembangunan semula pekan Ijok dalam Dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar, timbalan menteri perladangan dan komodities, Datuk Hamzah Zainuddin, setiausaha kerajaan Perak, Datuk Puat Nayan, adun Selama, Datuk Daud Yusop, Adun Batu Kurau, Kapt. (B) Najmuddin dan ketua eksekutif percadangan kemajuan negeri (PKNP), Datuk Shamsuddin Hashim.
Selain pekan Ijok, Kubu Gajah dan Batu Kurau diantara 14 pekan kecil diseluruh Perak yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan semula.
Dr Zambry menegaskan kemajuan di Perak tidak bermakna hanya tertumpu di Ipoh dan Lembah Kinta, tetapii juga di kawasan-kawasan lain di seluruh negeri.
Pekan kecil seperti Ijok juga berpotensi untuk berkembang kerana terletak berdekatan negara jiran, Thailand.
Terdahulu, menteri besar berkonvoi dengan lebih 1,500 belia bermotor termasuk ahli kelab penyokong adun Kubu gajah.
31 May 2012
Jalan tar
Jalan sungai Limau berdekatan Bagan Bahru dalam dewan undangan negeri (Kubu Gajah) akan dinaik taraf tidak lama lagi.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata, peruntukan sebanyak RM 20,000 telah disediakan untuk tujuan tersebut.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke jalan sepanjang sembilan rantai hari ini.
Turut hadir ketua kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan ahli-ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Sungai Segar.
Jalan tersebut bertujuan memberi kemudahan kepada-kepada penduduk, terutama pelajar sekolah berulang alik ke sekolah berdekatan.
Beliau berharap kerja-kerja perlaksanaan projek mengikut jadual dan spesifikasi.
30 May 2012
UMNO
Orang Melayu akan berada dipersimpangan jika UMNO tidak lagi mengetuai kepimpinan Negara.
Justeru, pentingnya UMNO terus menjadi teras kepada Kerajaan bagi masa depan dan survival orang melayu.
Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap meresmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Repoh, dekat Batu kurau, petang tadi.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Kapt. (B) Datuk Najmuddin Elias dan Ketua UMNO cawangan Repoh, Haji Ramli Bahrin.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin meningatkan pentingnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus diberikan kepercayaan mentadbir Negeri dan Negara kerana rekod cemerlangnya selama ini dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semakin diterima dan disenanggi majority rakyat kerana mendahului rakyat.
Begitupun, bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13, belau yang juga ADUN Kubu Gajah menegaskan pentingnnya seluruh ahli UMNO mengutamakan perpaduan bagi menjamin kemenangan cemerlang BN.











